Selamat datang ke Kampung Cherok Paloh yang terletak di daerah Mukim Penor, Kuantan. Di sekitar Kampung Cheroh Paloh terdapat terdapat kampung-kampung lain seperti, Kampung Permatang Che Hamid, Kampung Permatang Redan, Kampung Permatang Hangus, dan Kampung Permatang Merbau.
Taburan penduduk di sini terdiri daripada 497 orang lelaki dan 453 orang perempuan. Jumlah keseluruhan adalah 940 orang. Pentadbiran kampung ini diterajui oleh sebuah jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) yang kini dipengerusikan oleh En. Ali bin Adam sebagai ketua kampung dan juga Pengerusi JKKK. JKKK bertanggungjawab untuk mentadbir hal ehwal kampung, menentukan perancangan pembangunan yang hendak dilaksanakan di dalam kampung, menilai dan menyusun keutamaan projek serta menjadi bahan perantaraan dalam menyampaikan maklumat antara penduduk kampung dengan kerajaan. Mesyuarat JKKK diadakan sebulan sekali.
Dalam mendukung dasar-dasar dan usaha kerajaan memajukan negara, aspek kebersihan dan kesihatan serta pencegahan wabak penyakit adalah diutamakan. Kesedaran mengenai amalan penjagaan alam sekitar adalah dititikberatkan. Setiap penduduk adalah dimestikan setiap halaman dan dalaman rumah mereka sentiasa bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk aedes dan tidak membiarkan kampung mereka bersemak sehingga mengundang binatang buas.
Aktiviti penjagaan malam dilaksanakan oleh orang kampung dan anggota RELA seramai 60 orang. Senjata api telah disumbangkan oleh RELA sebanyak 6 laras senapang untuk menjamin
keselamatan penduduk kampung daripada sebarang ancaman.
Kegiatan ekonomi penduduk kampung ini adalah berasaskan perikanan, pertanian dan swasta seperti perkilangan. Pekerjaan utama di kampung ini ialah bekerja di kilang, kerajaan, nelayan, petani dan bekerja sendiri. Penjualan buah kelapa oleh penduduk kampung juga dijadikan sebagai kegiatan ekonomi.
Program “Homestay” sudah lama diperkenalkan di kampung ini. Program ini merupakan program Komuniti Bestari yang dianjurkan setiap tahun untuk menarik minat pelancong untuk merasai suasana kampung yang sejahtera ini. Peruntukkan sebanyak RM 14,000 iaitu RM 10, 000 untuk aktiviti dan RM4,000 untuk pentadbiran. Kampung ini juga pernah didatangi oleh pelancong dari Jepun untuk menjalankan program Homestay ini selain daripada pihak belia, institut pengajian tinggi dan pelajar sekolah. Aktiviti yang diadakan adalah seperti program anak angkat.
Bangunan kraftangan yang sedang dibina sebagai kegiatan ekonomi oleh penduduk miskin yang tiada pekerjaan untuk menghasilkan produk jualan. Di kampung ini juga membuat peracangan mewujudkan hutan rekreasi untuk aktiviti perkemahan oleh pelajar sekolah iaitu seluas 10 hektar.
Kemudahan yang terdapat di kampung ini adalah seperti klinik, balai polis, sekolah rendah, balai raya, masjid, surau dan sebagainya. Kemudahan ini disumbangkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Pertubuhan Jabatan Gerakan Daya Wawasan bawah naungan KEMAS yang merupakan program kemasyarakatan turut ditubuhkan di kampung ini. Sukan rakyat turut diadakan 2 tahun sekali.
Terima kasih kerana melayari laman web kami, bila lagi hendak melawat kampung kami? Kami mempunyai program homestay untuk anda tinggal bersama kami, menikmati keindahan alam semulajadi seperti pantai, sungai dan kuala serta mendekati keakraban sillaturahim kami.
Kami sentiasa menanti kehadiran anda.
http://www.usm.my/art/cherokpaloh/index.htm
No comments:
Post a Comment